CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 11, 2009

Faktor dan rahsia kejayaan seseorang...

Hmmm..Apakah faktor dan rahsia kejayaan seseorang?? setiap orang mesti ada pendapat masing-masing dan pada pendapat saya dari apa saya tengok dalam dunia realiti dan movie, regarding the secret and factor of succes of someone is mistake, pain, failure and love…

hmm… macam mana eh mistake become secret of success?? kesilapan boleh jadi faktor kejayaan seseorang... sebab kita belajar dari kesilapan dengan kesilapan kita tahu apa yang betul dan apa yang lebih baik yang membantu kita mencapai kejayaan. Contohnya dengan kesilapan yang kita buat, kite boleh tau mana jalan yang betul dan lebih baik.

Factor atau rahsia kedua kejayaan seseorang ialah kesakitan ...kesakitan boleh jadi rahsia kejayaan seseorang sebab kadang-kadang kesakitan boleh jadi pemangkin kejayaan seseorang. Selain itu, kalau nak berjaya mesti ada halangan dan pahit dan manisnye so ia termasuklah kesakitan...contoh situasi yang kesakitan boleh jadi faktor kejayaan seseorang ialah putus cinta. Putus cinta bukan sahaja menjatuhkan semangat seseorang tapi kadang-kadang ia juga menjadi faktor bagi seseorang untuk berjaya, sebab bagi sesetengah orang lepas putus cinta dia mungkin mempunyai semangat dan azam baru untuk berjaya dalam hidup dan meneruskan hidup serta mencari sesuatu yang lebih baik... dan contoh lain ialah bila seseorang kehilangan orang yang mereka sayang seperti ibu atau bapa mereka, perasan tu memang sakit dan menyedihkan tapi kadang-kadang ia membuatkan si anak tu menjadi lebih baik, berdikari, rajin dan ingin berjaya untuk merealisasikan impian ibu bapa mereka...macam kawan sekolah saya dulu dia ni nakal sangat, pemalas dan suka ponteng kelas tapi bila ayah dia meninggal dunia dia berubah jadi baik, rajin dan dah x ponteng kelas...
Factor yang seterusnya pula ialah kegagalan ia menjadi factor kejayaan seseorang sebab dengan kegagalan ia menjadikan seseorang lebih bersemangat dan rajin untuk capai apa yang mereka gagal. Contohnya kalau kita gagal mendapat pekerjaan disesuatu organisasi dan kegagalan tu mungkin boleh naikkan semangat kita untuk berusaha lebih kuat.

factor seterusnya ialah cinta…cinta ni bukan je rujuk kepada kekasih saje tapi ia juga termasuk cinta dan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan orang sekeliling kita. Ibu bapa dan orang sekeliling kita jadi faktor kejayaan kita sebab mereka selalu memberi sokongan kepada kita dan perasaan sayang yang mereka tunjukkan kepada kita membuatkan kita lagi bersemangat untuk mencapai kejayaan agar dapat membanggakan mereka. kadang-kadang kekasih juga membuatkan seseorang ingin berjaya sebab ada salah daripada kawan saya cakap dia jadi rajin dan bersemangat untuk belajar sebab boyfriend dia, sebab boyfriend dia pandai dan rajin belajar so mereka akan belajar bersama-sama dan ada juga kekasih yang menemani buah hati mereka ketika belajar....

akhir sekali... secret of success yang paling penting ialah doa + tawakal...
kesemua faktor tadi cuma lah fakto r minor yang membuatkan kita bersemangat untuk berjaya tapi faktor dan rahsia yang paling utama kejayaan seseorang ialah DOA, tanpa berdoa kepada Allah susah kita nak berjaya walaupun kita pulun dan berusaha macam mana sekalipun tapi kalau tak dapat keizinan dari Allah kita takkan berjaya, oleh itu banyakkanlah berdoa kepada Allah s.w.t.
"usaha+ doa+ tawakal= secret of success"
" To be star, reach the sky we need to never give up"
Sampai sini je la pandangan saya yang boleh saya berkongsi dengan anda suma. Kalau anda tertanya betul ke tak semua factor-faktor tadi… saya pun x tau nak jawab apa sebab setiap orang ada pandangan masing-masing lagipun faktor-faktor tu semuacsaya pernah tengok berlaku dalam kehidupan orang sekeliling saya dan ada juga pernah terjadi pada diri saya.
Akhir kata dari saya bagi kawan-kawan semua ialah:
“Kita boleh melakukan apa sahaja bila kita dah betul-betul berazam dan yakin dan tak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai dan segala halangan pun kita sanggup lalui untuk berjaya”...

0 comments: