CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

Tahukah Anda???

  • Epal kaya dengan sejenis serat yang dipanggil pectin, epal juga mengandungi flavonol yang disebut quercetin yang dikatakan bahan anti-kanser.
  • Pengambilan plum dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko kanser usus kerana mengandungi ferulic acid di dalamnya.
  • Strawberry dapat mengelakkan tumor payu dara, kerana buah ini mengandungi ellagic acid sebagai antioksidan. Dalam beberapa penelitian ellagic acid ini terbukti dapat menghalang pertumbuhan tumor dalam paru-paru, payu dara, serviks dan lidah. Ia juga dikatakan pembersih system pencernaan.
  • Oren boleh menurunkan tekanan darah kerana oren mengandungi phytochemical yang disebut hesperidin yang berfungsi sebagai antioksidan dan juga sumber pectin yang berfungsi menurunkan tekanan darah.
  • Tembikai melindungi sel tubuh, tembikai kaya dengan lycopene yang berfungsi melindungi sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas dan seterusnya bertindak sebagai bahan antikanser.
  • Anggur untuk awet muda, pada kulit anggur mengandungi phytochemical yang disebut resveratrol, terbukti dapat meningkatkan kesihatan jantung, anti-kanser, antibakteria, dan antioksidan yang membuatkan anda jadi awt muda.
  • Pisang baik untuk jiwa kacau kerana pisang mengandungi sumber Vitamin B6 untuk menghasilkan serotonin dalam otak, yang berfungsi mengurangkan rasa sakit, memberi nafsu makan dan membuatkan anda merasa relaks.

    Dari Majalah REMIX, Januari 2009.

0 comments: